Tentang Amirul Mu’min
Amirul Mu’min ialah usahawan, penulis dan hos Laga Lutut Podcast yang suka mencari satu perkara: apa yang sebenarnya berkesan?
Amirul Mu’min
Usahawan, penulis dan hos Laga Lutut Podcast
Kenapa Amirul bermula
Ketika mula berniaga, Amirul sedar bahawa banyak perkara terpaksa dipelajari sendiri. Sudah ramai orang yang pernah berjaya, tetapi pengalaman mereka tidak semestinya mudah untuk dicapai, difahami atau diterjemahkan kepada tindakan.
Jadi Amirul mula mendokumentasikan apa yang dipelajarinya.
Daripada membina perniagaan sendiri hingga membantu usahawan berkembang, pengalaman Amirul banyak berkisar tentang jualan, pemasaran, teknologi dan sistem yang membantu sesebuah bisnes bergerak dengan lebih baik.

01 · Buku
Melalui penulisan, Amirul menyusun pengalaman dan strategi yang kompleks menjadi sesuatu yang lebih mudah digunakan oleh usahawan. Buku pertamanya, Rahsia Jualan Tujuh Angka, misalnya, lahir daripada pengalamannya membantu usahawan dalam perjalanan mencapai jualan RM1 juta pertama.
02 · Podcast
Podcast Laga Lutut merupakan ruang untuk duduk semeja dengan mereka yang mempunyai pengalaman sebenar dalam bisnes dan kehidupan, kemudian menggali cerita di sebalik kejayaan, kesilapan dan keputusan yang mereka buat. Laga Lutut sendiri menggambarkan misinya sebagai medium untuk berlaga lutut dengan mereka yang pakar dan berpengalaman.
Mereka yang pernah singgah di Laga Lutut